Pada 2hb sehingga 8hb Disember yang lalu, telah berlangsung minggu keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan. Pelajar-pelajar UMK tahun pertama bagi Fakulti Keusahawanan Perniagaan (FKP) diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan di perkarangan kediaman mahasiswa.
Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh para pelajar antaranya makanan dan minuman, tudung, pakaian, cenderahati dan perhiasan. Sepanjang minggu keusahawanan tersebut, kami dapat menimba pengalaman sebagai pengusaha kecil-kecilan. Minggu keusahawanan ini juga sebagai persediaan kepada pelajar dimasa hadapan untuk memulakan perniagaan sebenar.
Walaupun kami semua keletihan menguruskan gerai. Kami tetap berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang minggu tersebut.
|
Saya dan Shuhada di gerai kami Singgah Sini Shop. |