CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 December 2012

Study Week

Kepada semua pelajar UMK.. 
Selamat belajar..
Sempena study week ni, ulang kajilah pelajaran anda sebaik mungkin..
Belajar elok2 utk final exam masing2..
Jangan terlalu stress..
Semoga Berjaya Kawan-Kawan..
Hehe..

Belajar dengan tenang..

Jangan terlalu memaksa, nanti stress pulak.. Hehe

Selamat Tahun Baru 2013

Kepada semua pelawat blog saya...
Saya nak ucapkan Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2013..
Mulakan lah azam yg baru, azam yg lebih bermakna bg diri anda semua.. ^_^



Monday, 17 December 2012

Banjir di UMK

UMK telah dilanda banjir, akibat hujan lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini. Dibawah ini saya letakkan beberapa gambar yang sempat saya ambil.

Hadapan DTK

Pintu Masuk Fakulti


Jalan Utama di Hadapan Fakulti


Tuesday, 11 December 2012

My Album

Kehidupanku Di UMK

Save Gaza

Jumaat lalu (7hb Disember), UMK telah mengadakan suatu program yang membutikan bahawa pihak UMK perihatin terhadap kekejaman yang sedang berlaku di Gaza. Oleh itu, satu program telah dijalankan di UMK.

Para pelajar menekap tapak tangan di baner sebagai tanda sokongan untuk menyelamatkan Gaza daripada kekejaman. Manakala di sebelah malam pula, solat hajat telah diadakan di dewan terbuka keusahawanan yang dihadiri oleh para pelajar.



"Save Gaza"

Minggu Keusahawanan

Pada 2hb sehingga 8hb Disember yang lalu, telah berlangsung minggu keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan. Pelajar-pelajar UMK tahun pertama bagi Fakulti Keusahawanan Perniagaan (FKP) diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan di perkarangan kediaman mahasiswa.

Pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh para pelajar antaranya makanan dan minuman, tudung, pakaian, cenderahati dan perhiasan. Sepanjang minggu keusahawanan tersebut, kami dapat menimba pengalaman sebagai pengusaha kecil-kecilan. Minggu keusahawanan ini juga sebagai persediaan kepada pelajar dimasa hadapan untuk memulakan perniagaan sebenar.
 
Walaupun kami semua keletihan menguruskan gerai. Kami tetap berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang minggu tersebut.



Saya dan Shuhada di gerai kami Singgah Sini Shop.

Monday, 3 December 2012

Penilaian Blog

Profile                                5%
Header (gambar)                5%
Pages (minimum 5)           10%
Picture (minimum 5)         10%
Video                                 5%
Clock                                 5%
Hit counter                         5%
Ember Scribd                     5%
Posting (minimum 10)      10%
Poll                                     5%
Music                                 5%
Web Album                       10%
Creativity                           20%

Monday, 12 November 2012

Cuti Mid Sem

Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan di UMK. Rehatlah sepuas-puasnya selama 2 minggu ini iaitu dari 2hb hingga 17hb November. Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing. Maaflah saya ucap "selamat bercuti" terlalu lambat kerana saya pun terlalu seronok bercuti dan tak sempat nak buka blog. Hehe.. ^_^

PTPTN

Pada 31hb Oktober yang lalu, PTPTN telah dikeluarkan. Sumbangan ini telah membantu meringankan beban kewangan para pelajar. Oleh itu, kita sebagai pelajar hendaklah menghargai dan memanafaatkan pemberian ini dengan sebaik mungkin. Gunakan lah bantuan ini untuk pembelajaran anda semua. Saya nak ucapkan TAHNIAH kepada para pelajar UMK yang berjaya mendapat bantuan daripada PTPTN. Gunakan lah sebaik mungkin dan jangan lupa bayar balik nanti.. Hehe..

Sunday, 7 October 2012

Pengalam Hari Pertama di UMK





Inilah tempat saya menuntut ilmu iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kali pertama saya menjejakkan kaki di sini pada 1hb September 2012, iaitu hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar di UMK. Ini adalah kampus kota yang terletak di Pengkalan Chepa. Mula-mula tinggal di sini rasa sedih jugak sebab berjauhan dari keluarga. Tapi bila sudah dapat ramai kawan di sini, kesedihan yang dirasa dapat jugak diubati. Malah, semakin hari semakin seronok pulak berada disini. Saya berasa beruntung sangat kerana dapat menjejakkan kaki ke universiti kerana itulah impian saya sejak kecil.

Tuesday, 2 October 2012

Info Peribadi


Assalamualaikum..


Nama saya Siti Mazlina Binti Abidin dan berasal dari Perlis. Saya berusia 20 tahun dan merupakan bekas pelajar lepasan STPM. Selepas tamat pergajian di tingkatan enam, saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Sekarang, saya merupakan pelajar semester pertama di UMK. Saya menulis blog ini untuk berkongsi mengenai kehidupan saya sebagai seorang pelajar di UMK.